Monday, May 24, 2010

"The journey of a thousand miles begins with a single step"

Sesungguhnya ingatlah duhai temanku sekalian… hidup ini bak persinggahan seorang musafir yang singgah sekejap di dunia yang maha sementara untuk mencari seberapa banyak bekalan buat bekalan menuju ke destinasi yang abadi dan hakiki di negeri akhirat kelak. Jika baik bekalan yang dibawa nescaya manfaat lah ia di alam sana, tetapi ingatlah jika buruk bekalan yang di bawa nescaya celaka lah mereka itu malah akan di azab di alam sana.

Duhai temanku muhasabah lah dirimu semoga detik umur yang berbaki ini kita penuhi dengan perkara yang berfaedah bagi menjamin kejayaan kita di dunia selepas mati nanti. Ingatlah sesungguhnya setiap perbuatan walaupun sebesar zarah yang dilakukan oleh setiap anak Adam akan dibalas seadil- adilnya di neraca timbangan oleh tuhan semesta alam rabbul jalal yang mempunyai arasy yang maha agung.

Ingatlah, sebelum maut datang menjemput entah bila waktunya mungkin hari ini, besok atau pun bila-bila masa, kerjakan lah sebanyak banyaknya amalan kebaikan. Sesungguhnya bila tiba saat itu tidak akan berguna lagi segala harta benda yang kita usaha kan tetapi yang berguna adalah amal kebaikan yang kita lakukan sesuai dengan apa yang disyariatkan kepada kita.

Maha suci Allah yang merencanakan seluruh kehidupan insani sejak terciptanya roh kemudian di turunkan ke bumi sehingga lah kembali nya roh ke tempat asalnya bertemu tuhan penciptanya.

RENUNG- RENUNGKANLAH DUHAI INSAN YANG LALAI