Monday, December 28, 2009

Rintihan Seorang Hamba


Terima kasih wahai Tuhanku
Yg sentiasa melimpahkan rahmatNya
Membenarkan aku menghadapmu Tuhan
Yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Untuk bercakap dgn mu Tuhan
Mengizinkan ku pinta pada Mu
Memuja memuji, Sepenuh hati ku
Memohon munajat pada Mu Ya Rabbi
Ku khuatir Ketika menghadapMu
Tidak pula pandai beradab dengan Mu
Aku mula bimbang, Kalau aku derhaka
Jalan ketaatan bukan rahmat dariMu yg ku dapat
Tapi ku kan dapat
KemarahanMu
Ya Rabbal Alamin
Maafkan lh aku..
Ya Rabbal Alamin…maafkan aku..

Kepadamu teman
ku persembahkan ucapan terima kasih
kerana....
Sudi menerimaku di sudut hati
Semoga kekal abadi
Selamanya
Kau dihatiku
Terpahat padu segala suka dan duka
Harapan agar subur kembali
Kenangan itu seiring bersama cita-citaku
Kepada mu teman

***************************
Kawan…
Apalah yang kau kesalkan
Kerna Tuhan kau kehilangan kawan
Kerna kebenaran dihina
Jgn kau ragu dalam keimanan
Kadang…….kadang kawan jadi lawan
Kadang2 lawan jadi kawan
Apalah di sedihkan hati
setiap insan didlm kepuraan
jgn sedih..selalu tersisih
bukan kau saja ditimpa malang
ingatlah….para Rasul mulia
lebih tersiksa menderita
mereka bahagia dalam derita
mereka kaya di dalam papa
mereka memadai dengan tuhannya..
itulah kebahagiaan di waktu sempit seorang diri
kwn jgnlah disedihkan hatimu…

Anggerik Putih
2009

No comments:

Post a Comment