Dalam mendepani cabaran semasa, umat Islam haruslah bersatu hati untuk memartabatkan Islam di mata dunia. Mereka haruslah mengamalkan apa yang terkandung di dalam Al Quranul karim dan sunnah peninggalan nabi s.a.w dan juga generasi selepas itu golongan para sahabat dan tabiin. Tidak dapat dinafikan umat Islam sekarang dirundum seribu satu mehnah ditambah dengan perpecahan di kalangan mereka sendiri. Musuh-musuh Islam mengambil peluang dengan krisis dalaman umat islam bagi merencanakan rancangan jahat mereka untuk memesongkan umat Islam daripada landasan yang betul, landasan yang di bawa oleh nabi kita dan para sahabat baginda.
Dengan kekuatan ekonomi, musuh-musuh Islam telah menindas Negara-negara umat islam yang lemah dan miskin dan dalam masa yang sama mengambil sumber semulajadi di Negara tersebut dengan rakusnya. Oleh itu marilah kita sama-sama bersatu hati dan tenaga untuk mengembalikan kehebatan dan kegemilangan tamadun Islam seperti mana yang telah dibina pada zaman nabi Muhammad s.a.w dengan tertubuhnya Negara islam pertama di madinah. Contohilah perjuangan pahlawan Islam silam seperti Khalid al Walid, Saidina Ali Karramallahuwajhah, Saidina Umar dan banyak lagi. Mereka semua ini telah dididik dengan tarbiah kenabian dan jiwa mereka juga sentiasa dengan agama yang suci dan murni ini.
Oleh itu, setiap muslim mestilah bermuhasabah diri bagi memartabatkan satu-satunya agama yang diiktiraf dan diredhai oleh Allah s.w.t ini. Telusurilah perjalanan hidup junjungan mulia nabi kita dalam menghadapi kehidupan sekarang dan akan datang. Sesungguhnya rasulullah di utuskan untuk dicontohi oleh umat baginda untuk mencapai kegemilangan hidup di dunia dan juga di alam akhirat.
Tasbih 11 Buah Palaka Gigi Geraham Gajah
-
Pengenalan: . Buah Palaka Gigi Geraham Gajah. . Sejenis buah dari hutan
belantara Semenanjung Malaysia, dipercayai pernah tumbuh pada satu kawasan
di Banja...
No comments:
Post a Comment