Alangkah indah nya di pagi ini, daku bangkit daripada lenaku dengan hati yang penuh bersemangat dan badan yang penuh dengan kesegaran dan cergas. Terima kasih duhai tuhanku.. Tuhan yang bakal ku sembah semasa bersolat subuh 2 rakaat nanti seusai ku membersihkan diri dengan siraman air wudhuk. Terima kasih duhai tuhanku kerana diberi kan nikmat ini, nikmat kehidupan yang masih ku kecapi lagi di pagi ini setelah lenaku sepanjang malam. Akan ku manfaatkan setiap detik kehidupan ku yang masih berbaki dengan perkara yang bermanfaat. Ku merenung kembali ayat-ayat suciMu didalam surah al-asr bahawa Dikau bersumpah dengan masa bahawa setiap insan berada dalam kerugian kecuali orang2 yang beriman yang berpesan pesan dengan kebaikan dan juga berpesan-pesan dengan kesabaran…. MashaAllah…. Maha Suci Mu Duhai Tuhanku, tiada yang layak di sembah di alam ini melainkan Engkau satu2nya yang mengadakan alam ini dan seluruh makhluk semuanya diciptakan dengan kekuasaan Engkau… Duhai tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang…
Seribu kekuatan akan ku gagahi bagi mengharungi setiap detik umurku sebelum diriku kembali menemuiMu duhai tuhan semesta alam… Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam… InsyaALLAH.
Tasbih 11 Buah Palaka Gigi Geraham Gajah
-
Pengenalan: . Buah Palaka Gigi Geraham Gajah. . Sejenis buah dari hutan
belantara Semenanjung Malaysia, dipercayai pernah tumbuh pada satu kawasan
di Banja...
No comments:
Post a Comment