Passengers Aboard Cruise Ship Off San Francisco Await Coronavirus Test
Results — And Potential Quarantine
-
Passengers on the Grand Princess off the California coast are confined to
their rooms as health officials carry out COVID-19 tests
Friday, December 31, 2010
Bingkisan Tahun 2011 M
Masa pantas bergerak, tahun yang sudah meninggalkan kita dan tahun baru kini menjelma. Oleh itu, muhasabah lah diri semoga segala pengalaman silam bakal menjadi teladan dan sempadan buat kita semua. Ingatlah duhai temanku, masa tidak akan berhenti, tapi terus berjalan sehingga ke penghujung detik kehancuran dunia ini.
Sesungguhnya tahun silih berganti, muhasabahlah dirimu duhai temanku adakah kita sudah memanfaatkan waktu yang sudah dengan sebaiknya. Buatlah perancangan dengan penuh berhikmah moga di tahun baru ini kita mulakan azam yang baru dan rencana lah ia dengan sebaik-baiknya. Ingatlah kita bakal menghadapi suka dan duka dalam melakasanakan azam kita ini. Sesungguhnya suka dan duka adalah lumrah kehidupan insani di dunia ini di mana kita tidak boleh terlepas daripada melaluinya sepanjang hayat kita di dunia yang sementara ini . Oleh itu, hadapilah ia dengan penuh kesabaran di kala duka melanda dan zahirkanlah kesyukuran buat Ilahi di kala kita dalam kegembiraan.
Akhirul kalam, ingatlah duhai temanku, masa adalah kehidupan di mana jika kita mensia-sia kan masa bermakna kita telah menjadikan kehidupan kita dalam kerugian. Oleh itu, manfaatlah ia dengan sebaik-baiknya diketika jasad di kandung badan moga-moga kita tidak menyesali nya di ketika kita di bangkitkan bertemu dengan Allah di alam akhirat sana.
Monday, December 20, 2010
Hujan Membasahi Bumi
Hujan turun mencurah-curah, diselangi ribut petir dan guruh berdentum serta kilat sabung- menyabung. Suasana pemandangan di persekitaran gelap dinaungi awan hitam yang tebal yang menurunkan hujan membasahi bumi yang tandus. Hujan adalah rahmat daripada Ilahi buat penduduk bumi, menyuburkan tanaman yang menghijau, menyejukkan kehangatan insan yang panas dek bahang sang suria. Hujan jua lah boleh mengakibatkan bahana banjir di tanah yang rendah. Itulah hujan ada ketika turun sebagai rahmat dan ada jua waktu nya merupakan menjadi bencana kepada penduduk bumi.
Ayuh duhai insan, bersyukur lah dengan kurniaan Ilahi ini, yang menurunkan hujan sebagai nikmat dan rahmat kepada kita semua. Bayangkan jika di dunia ini tanpa hujan, nescaya akan musnah lah kehidupan di muka bumi ini. Seluruh makhluk akan mati kerana kepanasan dan terputusnya bekalan makanan untuk kesinambungan kehidupan mereka. Namun, masih ada insan yang tidak bersyukur dengan kurniaan ini malah ada yang menyalahkan nikmat hujan kerana mengganggu urusan duniawi mereka. Sedarlah duhai insan, percayalah bahawa setiap kurniaan Ilahi adalah untuk kesenangan manusia dan mempunyai hikmah yang penuh tersirat dan tersurat jika kita fikirkan nya secara mendalam.
Di ketika hujan turun mencurah, sama-samalah kita memanjat sekalung doa memuji memuja Ilahi bersyukur di atas segala rahmat yang dikurniakan kepada kita semua. Duhai tuhanku sesungguhnya rahmatMu meliputi segala-galanya, daku tunduk patuh dengan penuh kerendahan hati menghadap diriMu.

Wednesday, December 15, 2010
Peristiwa Penting Pada 10 Muharam
Hari Asyura iaitu pada tanggal 10 Muharam merupakan hari yang mempunyai sejarah yang tersendiri di dalam Islam. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.Allah menjadikan 'Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.Nabi Isa diangkat ke langit.
Tuesday, December 14, 2010
Taman Syurgawi
Ku telusuri jalan di tengah-tengah hiruk pikuk kesibukan bandar, alangkah gusar hati ku ini dengan suasana persekitaran bandar yang amat sibuk yang dapat ku lihat. Udaranya cukup mengancam sesiapa sahaja yang bernafas. Udaranya yang penuh dengan pencemaran daripada asap-asap kenderaan yang bergerak bertali arus.
Namun berlainan pula ku dapati bila daku melalui jalan-jalan yang di kiri kanan ku di penuhi taman-taman yang indah dihiasi bunga-bungaan yang berwarna-warni dan dedaunan yang menghijau yang cukup menenangkan jiwa ini. Inilah dia keindahan taman di dunia yang menyejukkan mata sesiapa yang memandangnya. Namun begitu, untuk memastikan keindahan taman ini terus terpelihara, usaha dalam memeliharanya wajib dilakukan selalu dan berutin. Di ketika ini jua lah daku menyedut udara yang nyaman di taman ini, udara yang cukup bersih. Inilah dia taman di dunia yang diciptakan oleh Allah Rabbul Jalil buat insan sementara menghuni di dunia yang fana ini. Moga-moga diri kita semua di kurniakan taman yang kekal abadi di alam sana, di alam akhirat sana yakni syurga yang penuh dengan kenikmatan yang di anugerahkan buat insan yang soleh yang menuruti segala perintahNya di kala hidup di alam dunia ini. Taman syurgawi di alam akhirat sana akan dihuni oleh para solihin buat selama-lamanya dilimpahi kenikmatan yang abadi yang tiada penghujungnya.
Oleh itu, duhai insani lakukanlah amalan soleh di ketika kita masih di beri kesempatan untuk menghuni dunia ini. Semoga kita dapat mengecapi kenikmatan yang abadi di syurga di alam sana. InsyaALLAH.

Monday, December 13, 2010
Rimba Maya
Alangkah hebat nya ciptaan Yang Maha Kuasa, dijadikan gunung ganang sebagai pasak bumi, langit sebagai bumbungnya tanpa bertiang dan lautan kebiruan di mana keluasannya sejauh mata memandang. Indah sungguh ciptaan tuhanku ini. Ku tunduk akur dengan kebesaranNya Ya Ilahi.
Di rimba maya pula, pelbagai kehidupan menghuni di sana. Sang mergastua berkeliaran ke sana ke sini di rimba yang penuh kehijauan ini. Kicauan sang burung seolah-olah mengalunkan satu irama yang merdu memecahkan kesunyian rimba maya ini. Kelihatan dedaunan kehijauan menambahkan lagi keindahan alam rimba ini. Namun, ada segelintir tangan-tangan manusia yang durjana telah memusnahkan hampir di segenap penjuru rimba ini dek kerakusan mereka untuk memiliki kekayaan duniawi. Ini lah manusia bila nafsu menguasai diri, akal lumpuh tidak berfungsi lagi, yang diinginkan adalah untuk kepuasan dirinya dengan tidak memikirkan lagi kesan kemusnahan terhadap manusia lain.
Ku mengharapkan rimba ini kan kembali kepada suasana asal, suasana sebelum di jelajahi oleh tangan-tangan si manusia durjana. Ayuh duhai insani, sama-sama lah kita memelihara khazanah alam yang tidak ternilai ini. Janganlah kita sia-sia kan pemberian tuhan ini. Allah mengurniakan rimba ini bukan untuk kita musnahkan nya tetapi supaya kita memeliharakannya sesuai dengan syariat yang diperintahkan olehNya. Moga-moga hidup kita senantiasa dirahmati olehNya, InsyaAllah.

Tuesday, December 7, 2010
Lembaran Baru Hijrah- 1432 H
1 Muharam 1432 Hijrah, tahun permulaan Hijrah membuka lembaran baru kehidupan insani. Bukakan langkahmu moga-moga tahun ini lebih baik tahun yang sebelum nya. Ingatlah duhai temanku tahun sudah telah meninggalkan sejarah buat kita semua. Segala yang telah berlaku haruslah dijadikan iktibar buat teladan di kehidupan yang mendatang.
Sematkanlah di hatimu azam yang baru, semoga tahun ini bakal menjadikan tahun kehidupan yang lebih baik daripada tahun sudah. Manfaatkanlah setiap detik di tahun ini supaya segala amalan yang kita semua lakukan menjurus kepada perkara kebaikan dan mendekatkan kan diri kepada Allah azzawajalla. InsyaALLAH.
Ingatlah duhai temanku, tuhan menciptakan waktu untuk diuruskan dengan penuh berhikmah dan moga-moga natijah daripada perbuatan kita ini, kita dapat mengecapi kejayaan hidup di dunia ini lagi dan kejayaan di kehidupan abadi di negeri akhirat kelak. Ameen Ya Rabbal Alamin.
SALAM MAAL HIJRAH
Monday, December 6, 2010
Kedinginan Bayu
Angin lembut sifatnya, kedinginan nya menyapa di kedua pipi ku. Ia tidak kelihatan namun, sentuhannya dapat ku rasai. Itulah bukti kewujudan nya di alam ini. Angin sepoi- sepoi bahasa bertiup di tepian pantai mewujudkan suasana yang permai diwarnai keindahan lautan yang membiru dan pepasir yang memutih.
Pemandangan pantai memang indah di mana keindahan nya dapat menenangkan jiwa yang keresahan. Melapangkan fikiran yang bercelaru dalam mengharungi keributan duniawi yang penuh hebat liku pancaroba nya ini. Di sini jualah ilham turun mencurah buat sang penyair bagi melakar syair yang indah buat coretan mereka dan untuk tatapan sang pencinta bahasa. Indah nya alam ciptaan tuhan di mana panorama nya cukup harmoni. Ku panjat kesyukuran yang tidak terhingga banyaknya sebanyak buih di lautan, namun daku percaya ianya belum mampu membalas lautan nikmat kurniaan Ilahi buat diriku yang dihidupkan di muka bumi ini.
Maha Suci Allah yang menghidupkan kita dan bakal mematikan kita dan kita akan dihidupkan kembali di padang Mashyar kelak. Oleh itu persiapkanlah amal kebaikan di dunia ini semoga kita mendapat perlindungan di sana nanti di mana tiadalah perlindungan melainkan daripada Dia Tuhan Yang Maha Esa dan Yang Maha Kuasa di atas tiap-tiap sesuatu.

Wednesday, December 1, 2010
Pusingan Roda Kehidupan
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini bagaikan roda, sekali kita berada di atas di mana kita mengecap kesenangan dan sesekali kita berada di bawah, di mana kita di uji dengan bala bencana daripada tuhan semesta alam yang mentadbir seluruh alam maya. Oleh itu, di ketika kita mendapat kemewahan dunia daripada Allah, jangan lah kita lupa kepadaNya dan lahirkan kesyukuran buatNya. Dan di kala kita di uji dengan pelbagai dugaan, yakinlah bahawa ujian tersebut adalah sebagai tarbiah untuk kita memupuk sifat yang mulia yakni sifat sabar menghadapi rintangan duniawi. InsyaAllah kita akan senantiasa dirahmati olehNya di dunia dan akhirat.
Duhai temanku, ingatlah roda kehidupan kita senantiasa berputar sehingga lah sampai saat dan ketikanya kita kembali kepada Yang Maha Esa dan kita tidak akan kembali lagi ke dunia ini buat selama-lamanya. Sesungguhnya peluang untuk setiap insan menghuni di dunia yang fana ini hanya diberikan sekali sahaja. Oleh itu, hadapilah ia dengan sebaik yang mungkin moga-moga kita mendapat kejayaan hidup di dunia dan di tempat kembali kita kelak di negeri akhirat yang kekal abadi. Hayatilah firman Allah dalam surah al-Mulk yang yang bermaksud:
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”
Surah al-Mulk -Ayat 2
Sesungguhya Allah s.w.t menjadikan kehidupan dan kematian adalah untuk menguji manusia, siapakah di atara manusia ini lebih baik amalnya semasa hayat mereka di dunia ini. Oleh itu duhai temanku, pertingkatlah kualiti amalmu sepanjang kehidupanmu di dunia ini, moga-moga dikau dapat mempersembahkan amalan yang terbaik untuk tuhanmu di saat pertemuan kamu denganNya. Yang pasti pertemuan itu akan berlaku dan pasti akan berlaku.
Moga-moga kita semua senantiasa mendapat petunjuk daripada Allah Azzawajalla di dunia ini dan di akhirat kelak bakal mendapat balasan yang baik sebagai ganjaran terhadap amalan baik yang kita kerjakan sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini . InsyaAllah.

Monday, November 29, 2010
Kembara Musafir
Dikala ini ku merenung sendirian
Memikirkan nasib di perantauan
Apakah mungkin ku dapatkan bekalan
Buat menemui Rabbku Tuhan sekelian alam
Di perjalanan ini ku meniti
Pelbagai onak dan duri ku tempuhi
Segala rintangan kuredahi
Bersama semangat yang tak kunjung padam
Namun kupastikan jalan ini
Bakal membahagiakan daku
Di negeri abadi di akhirat sana
Dilimpahi nikmat kurniaan ilahi
Sunday, November 28, 2010
Perhiasan Duniawi
Wanita diciptakan sebagai pasangan untuk kaum Adam menghuni dunia yang maha sementara ini. Dirimu diciptakan daripada tulang rusuk Adam yang bengkok. Itulah dirimu, lemah lembut sifatnya tetapi setia di sisi kaum Adam. Dirimu lah perhiasan duniawi yang menyerikan lagi dunia ini untuk kehidupan insani.
Tanpamu hilang lah keindahan dunia dan tidak akan lengkaplah dunia ini laksana cincin tanpa permata. Namun sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah, bukan kerana hartamu yang bertimbun-timbun dikau miliki, bukan nya keturunan mulia yang dikau warisi dan juga bukannya paras rupa yang cantik bak bidadari yang engkau miliki, tetapi budi pekerti dan akhlak mulia dan pegangan teguhmu terhadap agama itulah yang menaikkan darjat mu sebagai sebaik-baik perhiasan duniawi yang tiada nilai nya dan amat berharga di sisi tuhan Yang Maha Esa.
Duhai insan yang bernama wanita, hiasilah peribadi mu dengan akhlak yang luhur dengan mencontohi srikandi silam di zaman awalan Islam hasil didikan kenabian. Duhai wanita, kerana mu lah generasi mendatang dilahirkan untuk meneruskan kesinambungan zuriat manusia bagi memakmurkan bumi ini sesuai dengan syariat Islam. Oleh itu, didiklah putera puteri mu dengan acuan Islam yang sejati bergandingan dengan kaum Adam supaya sempurna lah didikan itu. Daku mengharapkan akan lahirlah kaum hawa yang mempunyai jiwa yang kental setanding dengan srikandi Islam silam di zaman ini di zaman di mana dunia bakal menemui penghujung nya. Ameen.

Saturday, November 27, 2010
Permata Ayah dan Bonda
Adab Anak Terhadap Ibubapa
Adab anak terhadap ibubapa itu ada beberapa perkara. Tetapi Imam al-Ghazali yang dirahmati Allah Taala menyebutkanya di dalam Kitab Bidayatul Hidayah 10 Perkara seperti berikut:
1. Ia hendaklah mendengar dan menurut segala perkataan ibubapanya. Segala suruhan ibubapa wajib diterima dan haram menyalahinya dan segala yang ditegah wajib dijauhinya.
2. Ia hendaklah berdiri ketika ibubapanya berdiri kerana mentakzimkanya.
3. Jangan berjalan di hadapan ibubapanya.
4. Jangan mengangkat suara mengatasi suara ibubapanya.
5. Apabila ibubapa memanggilnya hendaklah dijawab dengan sopan, seperti dijawabnya dengan sesuatu yang memberitahu bahawa ia ‘membesarkan’ ibubapanya seperti لبيك(Saya datang) atau نعم (Ya) atau سيدي (Tuan) atau سيدثي (Puan), jika dengan bahasa Arab.
6. Ia hendaklah bersungguh-sungguh memelihara bagi mendapatkan keredhaan ibubapanya daripada perkataan dan perbuatan serta merendah dan menghinakan diri bagi ibubapanya.
7. Jangan mengungkit terhadap kedua-dua ibubapa dengan sebab berbuat kebajikan bagi mereka dan dengan sebab memelihara sekalian pekerjaan bagi mereka.
8. Jangan memandang mereka berdua dengan pandangan yang menyakiti mereka atau dengan pandangan marah terhadap mereka.
9. Jangan memasam muka di hadapan ibubapa kerana marah kepada mereka.
10.Jangan bermusafir melainkan dengan izin kedua ibubapa, kecuali musafir itu bagi menunaikan haji yang fardu ain ke atasnya, maka ia tiada berkehendakkan kepada keizinan kedua ibubapanya, tetapi sunat ia meminta izin kedua-dua ibubapanya. Adapun musafir bagi melakukan haji yang sunat atau yang fardu kifayah maka ia tiada harus melainkan dengan keizinan kedua-dua ibubapanya. Dan demikian juga musafir bagi menziarahi makam anbia dan aulia dan sebagainya tiada harus melainkan dengan keizinan kedua-dua ibubapanya, tetapi harus musafir bagi menuntut ilmu tanpa keizinan kedua-dua ibubapanya.
Allah jua yang memberi petunjuk.
Dipetik daripada Kitab Hidayah Salikin

Friday, November 26, 2010
Bintang Yang Bergemerlapan
Sang mentari melabuhkan tirai nya dan cahaya nya semakin pudar di ufuk Barat. Kicauan burung semakin sayup kedengaran berterbangan pulang ke sarang. Siang berganti malam, di mana sang mentari hilang dan sang rembulan datang. Inilah lumrah alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Ku tunduk tafakur menghadapNya dengan penuh rasa kerendahan hati.
Tabir malam akan dibuka melengkapkan putaran waktu ketentuan Ilahi. Suasana malam cukup mendamaikan jiwa di mana ketenangan nya pasti merehatkan insan yang kepenatan dalam mencari sesuap rezeki di siang hari. Malam diciptakan untuk kedamaian dan bermunajat merintih menghadap Pencipta alam maya ini. Usah lah ditangisi perginya siang kerana malam bakal menggantikannya. Semua ini adalah tanda kekuasaan Ilahi buat manusia untuk direnung dan difikir bagi menghadapi kehidupan di dunia yang maha fana ini.
Di ketika ini lah daku bertafakur sejenak memikirkan kehebatan alam ciptaan yang Maha Kuasa. Nun di langit sana bergemerlapan bintang-bintang yang cahayanya bak pelita menghiasi langit malam ku ini. Sungguh indah ciptaan Ilahi, siang diterangi cahaya mentari dan malam di hiasi bintang bercahaya terang berpadu dengan cahaya rembulan. Inilah alam ciptaan tuhan, moga diriku tergolong dikalangan hambaNya yang selalu bersyukur. Ameen.

Thursday, November 25, 2010
Sedetik Waktu Berlalu
Masa berlalu begitu pantas, setiap detik setiap ketika dari hari ke hari dan minggu ke minggu berlalu tanpa kita sedari. Bagi mereka yang mementingkan waktu, waktu di ibarat kan bagaikan emas seperti kata pepatah melayu ‘masa itu emas’. Sesungguhnya masa amat bernilai dalam kehidupan kita sebagai seorang insan yang hidup di atas muka bumi ini. Masa jua adalah kehidupan di mana berlalu nya ia akan meninggalkan kenangan silam buat insani.
Oleh itu, ayuhlah duhai insani, manfaatlah setiap detik yang kita tempuhi dan bakal kita lalui nanti dengan perkara-perkara kebaikan yang mendatangkan manfaat buat kita di kehidupan sana yang kekal abadi buat selama-lamanya. Kenangan silam yang kita telah lalui, eloklah diambil iktibar dan pengajaran dalam mengharungi hari-hari yang mendatang. Moga-moga kenangan yang lampau dapat mematangkan kita dalam menempuh hari esok yang penuh pancaroba lagi.
Setiap insan tidak akan terlepas dengan mehnah duniawi dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Kekuatan iman dan kesabaran adalah senjata dalam menangani nya. Bagi mereka yang berjaya mengharunginya bakal di beri ganjaran yang besar semasa hayat di dunia dan apabila kembali nya mengadap Allah di negeri akhirat sana. Ayuh temanku, tingkat kan kesabaran mu dalam menghadapi ujian duniawi moga-moga hidup kita sentiasa dirahmati oleh Nya.

Wednesday, November 24, 2010
Menuju ke Alam Yang Hakiki
Kita adalah sang pengembara dalam berkelana menuju ke alam abadi. Semoga di sepanjang pengembaraan ini kita di hadiahkan sifat sabar dalam menghadapi mehnah ujian dan segala aral melintang bakal kita tempuhi dengan penuh kejayaan. Tujuan perjalanan ini adalah untuk menemui Allah Rabbul Alamin, Tuhan sekalian alam ini. Oleh itu, kita haruslah berserah diri kepadaNya agar perjalanan kehidupan ini senantiasa dalam redhaNya. InsyaALLAH.
Setiap insan dianugerahkan masa yang berlainan dalam pengembaraan ini, di mana ada yang panjang masanya dan ada yang terlalu pendek. Semua itu merupakan ketentuan dari Ilahi dan dalam ilmuNya sejak daripada azali lagi. Oleh itu, duhai insan manfaatkanlah masamu yang masih berbaki sekarang yang bila-bila masa ajal mu bakal menjemput mu untuk mengadap tuhanmu. Hadapilah hari-hari mendatang dengan penuh keinsafan untuk mencari seberapa banyak bekalan yang bakal dibawa mengadap tuhanmu nanti.
Muhasabah lah dirimu, moga-moga ianya masih belum terlambat untuk dikau berpaling kepada kebenaran yang hakiki. InsyaALLAH semoga diri kita sentiasa dalam perlindungan dariNya dan mendapat maghfirah di atas segala kekhilafan yang kita lakukan.

Saturday, October 30, 2010
Ya Rabb
Ya Rabb, ku memohon maghfirah daripada Mu. Daku hanyalah insan yang lemah yang menghuni duniaMu yang maha sementara ini. Daku mendambakan keampunan dariMu duhai Tuhanku Yang Maha Pengasih dan juga Maha Penyayang. Kau ampuni lah segala dosa dan noda yang daku lakukan terhadapMu. Keampunan dariMu yang daku harapkan dariMu sebelum diriku kembali kepadaMu.
Ku amat mengharapkan keredhaanMu senantiasa mengiringi perjalanan hidupku ini. Ya Rabb, ku amat dambakan cintaMu, cinta yang dikurniakan kepada para Nabi dan Rasul dan juga orang siddiqin dan syuhada serta para solehin yang mengikuti jalanMu yang terdahulu dan sekarang. CintaMu akan kubajai dengan sifat Ketaqwaan setulus hati dan teguh terhadapMu. Ku amat mengetahui cintaMu adalah cinta yang abadi yang hakiki dan sejati.
Ya Rabb, limpahkanlah keredhaan dariMu buat diriku di kehidupan ini dan di kehidupan selepas mati. Ku amat bersyukur dengan segala nikmat yang Dikau kurniakan buat diriku di dunia ini. Semoga daku senantiasa dalam naungan rahmat dariMu hingga ke akhir hayatku.

Wednesday, October 20, 2010
Setitis Embun Pagi
Setitis embun pagi membasahi bumi. Ditika itu jualah kokokan sang ayam sahut sahutan memecahkan keheningan pagi yang mendamaikan ini. Suara bilal melaungkan azan subuh mengajak insani mengerjakan solat subuh serta mengejutkan insan yang masih lena di peraduan. Itulah dia suasana pagi yang keheningan yang pastinya begitulah rutin sehari-hari sebelum sang mentari muncul di ufuk timur.
Daku bertafakur dengan kebesaran Ilahi dan memanjatkan kesyukuran kerana jiwa ini masih dihidupkan lagi buat mengharungi kehidupan duniawi ini. Daku telah dimatikan buat sementara waktu kemudian dihidupkan kembali di pagi ini. Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi. Sekalung doa meniti di bibir ini memuji nama Ilahi dan daku ingin mengucapkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga buat Tuhan Pencipta Seluruh Alam Maya di atas segala nikmat yang dikurniakan. Daku hanyalah insan kerdil di antara seluruh insan lain yang masih dapat menikmati suasana pagi yang cukup kedinginan dan mendamaikan ini.
Di pagi ini lah jua ku berazam untuk melaksanakan segala suruhanMu Ya Allah. Ya Rabb berikan lah daku kekuatan dalam mengharungi mehnah duniawi ini sehingga daku kembali mengadapMu. Izinkan daku mengecap kenikmatan duniawi tanpa menyisihkan diriMu. Ya Rabb, ku mohon padaMu kejayaan di kehidupan ini dan kehidupan selepas mati. Redha kan lah daku di kehidupan ku di alam ini dan di alam akhirat yang abadi.

Monday, October 18, 2010
Cinta kekasih
Cinta adalah anugerah yang berharga dikurniakan buat insan. Oleh itu hargailah ia dengan sebaik nya. Bajailah ia dengan sifat penuh ketaqwaan kepada Pencipta kita Rabbul Alamin. insyaAllah ia bakal di suburkan dengan baiknya dan bakal dihiasi dengan bunga- bungaan Firdausi disirami air siraman yang harum warnanya daripada syurga kenikmatan yang hakiki yang tiada batasan kenikmatan itu.
Oleh itu duhai sahabatku, raihlah cinta yang hakiki, cinta buat yang maha Esa. Cinta yang tidak kan pudar dek kepanasan mentari, dan tidak kan hilang bak bulan di siang hari dan kan kekal buat selama-lamanya sehingga ke negeri abadi kelak bersama kekasih yang kita cintai. Pupuk lah jiwa mu dalam meraih cinta ini moga-moga dikau semua mendapat kelazatannya di negeri yang fana ini lagi. Kekallah ia dengan keimanan yang tulus sehingga ke akhir hayat dirimu. Moga– moga dirimu kan terkubur bersama cinta sejati yang hakiki ini sebagai teman buat dirimu mengadap Allah s.w.t
Sesungguhnya cinta itu hak mutlak Pencipta kita, dan bagiNya jualah kepada siapa Dia kurniakan perasaan cinta ini. Moga dirimu tergolong dalam kalangan yang mendapat kehebatan cinta yang sejati yang abadi ini. Duhai temanku, perbanyakkanlah mengajak insan lain dalam meraih cinta agung ini dan dikau akan kecapi kenikmatannya kelak. InsyaALLAH semoga ketulusan hati kita menjadi satu penggerak semangat untuk kita terus berdakwah mengajak insan lain kearah kebaikan yang hakiki ini.

Saturday, October 16, 2010
Jalan Kebaikan
Dalam mengharungi kehidupan di dunia ini, pelbagai simpang siur dan jalan yang kita tempuhi. Ada jalan yang bengkang bengkok diibaratkan macam ular kena palu serta ada juga jalan yang penuh berlopak dan berlumpur. Selain itu ada juga jalan yang sempit dan ada juga yang luas dan bermacam-macam jenis lagi jalan yang kita lalui bila berkenderaan untuk menuju ke sesuatu destinasi.
Namun adakah kita sedari bahawa dalam menghadapi kehidupan ini juga, kita sedang ataupun telah mengharungi pelbagai jalan kehidupan yang mana destinasi terakhir nya adalah akhirat sana. Jika kita salah memilih jalan kehidupan yang benar, maka akibat yang akan kita tanggung adalah amat buruk di negeri abadi sana. Oleh itu, pilih lah jalan kebenaran di mana penghujung nya adalah ke syurga di alam akhirat yang kekal abadi, jalan yang direntasi oleh para Nabi dan Rasul yang di pandu oleh wahyu dari Ilahi. Jalan yang diikuti oleh para sahabat Ridwanallahi alaihim ajmain, para Siddiqin, Syuhada dan para Solihin di dalam kehidupan mereka di dunia yang maha sementara ini.
Setiap hari kita sebagai umat Islam yang mempraktikkan salah satu rukun Islam yang lima iaitu di dalam solat lima waktu sehari semalam, kita berdoa kehadrat Allah Azzawajalla sebanyak 17 kali supaya ditunjukkan jalan yang lurus, jalan orang yang diberi nikmat oleh Allah iaitu Para Nabi dan Rasul utusanNya serta mereka yang mengikuti nya. Kita juga berdoa supaya tidak memilih jalan yang Allah murkai dan jalan orang yang sesat. Oleh itu, sama-samalah kita memelihara solat kita sehingga ke penghujung usia dan hayatilah bacaan surah Al-Fatihah ini yang merupakan surah yang wajib di baca di dalam solat kita. Akhirul kalam, sama-samalah kita berdoa supaya diberi kekuatan oleh Allah supaya dapat kita sama-sama memelihara solat yang lima waktu ini walau apa keadaan kita sekalipun. InsyaALLAH. Ameen ya Rabbal alamin

Monday, October 11, 2010
Hardship in This World
The world we stay is the wonderful world. Thank to God (Alhamdulillah) for giving us the bounties and chance to live in this world. I hope we fulfill this chance as good as possible, Insya ALLAH we can get benefit from that. Indeed, as a human being that was appointed as vicegerent of earth (Khalifatul Allah fil Ard) must do their responsibility as God desire.
O people, take benefit what had being in front us and don’t miss it because it’s not come to us every time. And also the time cannot be reverse, so every opportunity we get must take it wisely. Every hardship we encounter is the challenge for us and we must handle it whether we want or not. The hardship is always come to us and for every hardship had the easy thing behind it. Actually, this world is full with hardship as challenge for the human being.
Lastly, every human being had their own problem in this world. So use your brain wisely to solve it. Hopefully every problem that we encounter makes us more confident to take it as the challenge in this worldly life.

Friday, October 8, 2010
Kitab Agung Sepanjang Zaman
Sesungguhnya manusia dicipta untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini dan mengurus tadbir dan memakmurkan alam ini sesuai dengan kehendak Ilahi. Namun adakah ia sudah terlaksana dengan sempurna seperti yang disyariatkan oleh Allah kepada kita? Untuk menjadi seorang khalifah yang mentadbir dunia ini dengan jayanya, kita haruslah berpandukan dengan kitabullah dan sunnatul Rasulullah s.a.w. Itulah dua senjata yang ampuh yang Allah bekalkan menerusi Nabi Junjungan S.A.W.
Namun, dewasa ini ramai manusia yang mengaku bijak dalam mentadbir alam ini yang hanya menggunakan akal fikiran sahaja dan tidak mengambil peduli pusaka peninggalan Nabi Muhammad s.a.w. Para ulama’ yang betul-betul berpegang teguh dengan ajaran Rasulullah disisihkan. Natijah nya segala urusan duniawi tidak terlaksana sesuai dengan perintah Allah. Itulah lumrah duniawi, bila kebenaran dipinggirkan akan muncul lah kejahatan yang bermaharajalela di seluruh pelusuk dunia ini. Sesungguhnya ingatlah seksaan Allah amat lah memeritkan buat mereka yang melanggar perintah dariNya
Para cendikiawan Islam sejak zaman berzaman telah mengkaji dan menghayati ajaran yang terkandung dalam kitab suci Al Quranul Karim dalam melayari bahtera kehidupan duniawi. Sesungguhnya segala penyelesaian kehidupan manusia di zaman ini semua nya termaktub dalam kitab yang Agung ini. Oleh itu, marilah kita sama-sama membaca, menghayati isi kandungan Al Quran semoga kita mencapai kebahagiaan hidup di dunia ini dan di alam akhirat yang kekal abadi buat selama-lamanya. InsyaALLAH

Wednesday, October 6, 2010
Keindahan Pelangi
Keindahan pelangi amat memukau pandangan mataku. Disebalik keindahan itu terselit seribu rahsia ciptaan Yang Maha Esa. Itulah pelangi, warna nya cukup mententeram jiwa. Munculnya di kala bumi disirami hujan dari langit dunia. Di ketika sang mentari muncul di celah celah titisan hujan mencurah. Alangkah indahnya dunia ini jika di setiap ketika dihiasi pelangi, namun amat mustahil ia kan berlaku. Itulah lumrah alam perancangan Ilahi. Setiap yang berlaku telah ditetapkan sejak waktu azali lagi. Manusia haruslah akur menerima ketetapan dariNya.
Sesungguhnya alam yang indah ini merupakan tanda kebesaran Ilahi bagi manusia supaya mereka mengambil pelajaran darinya dengan menggunakan akal fikiran yang waras yang dibekalkan bersama semasa kita di lahirkan ke dunia ini. Akal yang dibekalkan ini akan dipertanggungjawab nanti di hadapan Allah di Hari Kebangkitan nanti. Oleh itu gunakanlah dengan penuh bijaksana sesuai dengan ajaran Nabi tercinta dan mengikut hukum Allah yang telah ditetapkan di waktu sebelum setiap benda di alam ini diciptakan lagi.
Oleh itu duhai temanku, marilah kita merenung sejenak memikirkan kehebatan alam ciptaan Ilahi yang penuh keindahan ini. Moga moga dengannya akan menginsafi diri kita betapa kerdilnya diri ini di hadapan kehebatan dan kekuasaan Allah Tuhan Sekalian Alam. ‘Ya Rabb tunjukkan lah daku jalan yang lurus, jalan mereka yang diberi nikmat olehMu dan bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat’. Ameen.
Tuesday, October 5, 2010
Lukisan Alam
Kecerahan mentari menyinari alam maya. Keindahan bukit bukau dan gunung ganang memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya. Alangkah indahnya ciptaan Yang Maha Esa pemilik alam semesta yang maha luas ini bak saujana mata memandang. Subhanallah… ku melihatnya dengan penuh ketakjuban.
Inilah alam yang merupakan tempat kediaman sementara buat insan untuk mendiami nya sampai tempoh waktu yang ditetapkan oleh Sang Pencipta nya. Sebelum dipanggil mengadapNya bila sampai waktu dan ketikanya untuk dibicarakan tentang segala perbuatan yang dilakukan di dunia ini. Segala hijab akan dibukakan di hari segala makhluk dibangkitkan di padang mahsyar nanti. Setiap jiwa dihisab dengan seadil-adilnya oleh Rabbul Alamin tanpa dianiaya walau sedikitpun. Walaupun sebesar zarah kejahatan yang dilakukan akan dibalas jua oleh Raja Sekalian Alam di hari pembalasan nanti.
Oleh itu setiap diri haruslah mengimani dengan keyakinan yang teguh akan adanya Hari Pembalasan seperti yang tercatat dalam Al Quran dan segala balasan baik dan buruk dan tempat kembali samada di syurga yang penuh kenikmatan ataupun di neraka yang penuh kesengsaraan buat selama-lamanya. Ku bermohon supaya diberi hidayah dan petunjuk dalam melayari bahtera kehidupan di dunia ini semoga kita senantiasa dalam keredhaan dariNya di kehidupan ini dan di kehidupan di alam selepas mati kelak. InsyaALLAH…. Ameen Ya Rabbal Alamin.
Friday, October 1, 2010
Dunia Yang Maha Sementara
Sesungguhnya segala yang ada di dalam dunia ini bersifat fana dan sementara sifatnya. Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Setiap yang muda pasti akan beransur- ansur menjadi tua sesuai dengan peningkatan usia. Oleh itu ayuhlah temanku manfaatkan masa sekarang dengan sebaik-baiknya sebelum datangnya hari mendatang yang belum tentu kesenangan seperti sekarang bakal kita kecapi lagi.
Begitulah juga keadaan dunia yang kita diami sekarang bakal menemui penamatnya apabila tiba saat kehancuran nya yang dinamakan kiamat. Oleh itu, sebelum berlakunya peristiwa itu yang pasti akan berlaku, muhasabah lah diri semoga kita berubah kepada yang lebih baik dalam meningkatkan keimanan kita kepada Allah dan dalam mengikuti ajaran peninggalan nabi tercinta Nabi Muhammad S.A.W. Ayuh bangunlah temanku daripada lena yang panjang dibuai angan-angan duniawi supaya berubah dan celik kepada tujuan asal kehidupan kita untuk mencari seberapa banyak bekalan untuk kehidupan abadi di negeri akhirat kelak.Tetapi dalam kita mencari bekalan untuk ukhrawi, jangan lah kita melupakan terus kehidupan duniawi kita, yang paling penting seimbangkan lah antara keduanya kerana itulah yang terbaik.
Semoga hari yang kita lalui sekarang akan bertambah baik daripada hari semalam. Dan juga semoga hari mendatang lebih baik daripada hari sekarang. Berdoalah kehadrat Rabbul Izzati semoga kita sentiasa dalam rahmatNya dan dalam perlindungan dariNya selalu. Ameen Ya Rabbal Alamin.
Monday, September 27, 2010
Di Kala Hati Berbicara
Di kala hati berbicara
Akal pula ligat berpusing
memikirkan sesuatu yang tiada kepastian
untuk memenuhi diari kehidupanku
Kala ini jualah
Ku melakar sebuah lukisan
Serangkap puisi sebagai kelengkapan
Yang penuh keindahan
Dalam alam fatamorgana
Agar dapat memberiku seribu kepuasan
Senyuman ku ukir penuh makna
Tapi tiada siapa yang mengerti
Adalah lukisan ini bisa mengerti
Segala keluh kesah rintihan sanubari ku
Di kala hati berbicara
Daku bertafakur mohon petunjuk
Moga keresahan dapat diubati
Dengan turunnya pancaran Nur Ilahi
Agar dapat ku tempuhi
mehnah duniawi
Jika inilah ketentuan Yang Maha Esa
Ku akur dengan segalanya
Redha ku dalam dakapanMu
Berbekalkan kesabaran sebagai paksinya
Daku yakin sinar kan muncul lagi.
Peperangan Mengundang Bencana
Peperangan… mengundang bencana kepada kehidupan manusia. Maka jauhilah ia, semoga keamanan dapat kita kecapi. Sesungguhnya jika dilihat dalam rentetan kehidupan manusia sejak zaman berzaman peperangan sudah lama wujud yang banyak meninggalkan kesan parut hitam di hati sanubari manusia.
Semoga kita bersatu hati dalam mengelakkan peperangan daripada terletus, baik sesama kita yakni umat Islam ataupun dengan orang bukan Islam. Namun jika kita tidak dapat menghindarinya, haruslah kita sama-sama hadapinya dan usahakanlah agar perdamaian merupakan kesudahannya dan tiada nyawa yang terkorban dek peperangan tersebut.
Bagi umat Islam, ayuhlah bersatu hati kita sama-sama berpegang teguh dengan tali Allah dan dengan syariat Rasulullah, moga kita berjaya mengharungi kehidupan ini dan kehidupan di akhirat kelak. Telusuri lah sirah nabi tercinta dalam menghadapi mehnah duniawi semoga kita tidak akan tersasar daripada landasan kebenaran yang merupakan jalan petunjuk daripada Ilahi. Ayuhlah duhai temanku, muhasabah lah setiap diri di mana kesempatan hidup yang diberikan oleh Allah Taala kepada kita semua di dunia ini adalah singkat sekali. Oleh itu manfaatkan setiap detik masa yang berjalan dengan sebaik-baiknya. Moga-moga kita selamat dan mencapai kejayaan hidup di dunia dan di alam akhirat.
Saturday, September 25, 2010
Alam Ciptaan Ilahi
Sesungguhnya setiap ciptaan Allah bukan lah di jadikan olehNya sia-sia. Maha Suci Allah, yang menjadikan setiap benda di alam ini mempunyai manfaatnya baik sekecil-kecil zarah di bumi ini ataupun sebesar-besar galaksi serta gugusan bintang-bintang yang berada di alam cakerawala sana. Semua ini menunjukkan kekuasaan Allah yang Maha Hebat, Tuhan sekalian alam, tiada sekutu bagiNya.
Setiap insan haruslah yakin bahawa semua benda yang ada di alam ini adalah dijadikan oleh Allah dan milikNya jualah segala apa yang ada di langit dan di bumi ini. Kita sebagai insan kerdil yang dijadikan daripada setitik air mani tiada kuasa sedikit pun jika tidak mendapat keizinan dariNya. Oleh itu, ayuhlah temanku tingkatkan lah ketaqwaan kita kepada Allah dengan melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala yang diharam olehNya, moga- moga kita mendapat hidayah dan petunjuk dalam mengharungi liku-liku duniawi ini dengan jayanya.
Menjadi harapan kita semua untuk mendapat kejayaan di dalam kehidupan kita di dunia ini dan juga kehidupan di negeri akhirat yang kekal abadi buat selama-lamanya. InsyaALLAH. Moga-moga kita mendapat petunjuk dariNya…
Wednesday, September 22, 2010
Mentari kehidupan menyinari alam
Disaat ini, mentari menyinari alam maya menyerikan lagi keindahan alam ciptaan Ilahi yang penuh ketakjuban ini. Alangkah indahnya ciptaan Yang Maha Esa. Ku tunduk syukur kehadrat Ilahi… Subhanallah. Maha Suci Allah yang kekuasaan Nya meliputi segala-galanya. Daku hanyalah insan kerdil yang diciptakan olehNya untuk mendiami dunia yang fana ini. Sebelum diriku dijemput untuk mengadapNya bila sampai waktunya.
Sesungguhnya manusia diciptakan hidup di alam dunia ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Itulah matlamat utama kita diciptakan di atas dunia yang maha sementara sifatnya ini. Setiap amal yang kita kerjakan di dunia akan di hisab di negeri abadi di negeri akhirat kelak yang bakal menentukan nasib kita adakah baik atau pun buruk untuk hidup kekal abadi di sana.
Oleh itu, ayuh lah temanku, muhasabah lah dirimu sebelum ajal menjemput yang tiada siapa yang mengetahui melainkan Dia lah jua. Insafi setiap dosa dan noda yang pernah dilakukan, moga-moga segalanya di ampun oleh Tuhan Yang Maha Esa. Moga-moga kehidupan ini menjanjikan medan yang terbaik buat kita semua meraih seberapa banyak bekalan untuk kehidupan di alam selepas mati. InsyaALLAH.
Saturday, September 18, 2010
Di Keheningan Pagi
Bayu pagi menepis lembut pipiku
sejenak ku lihat titisan embun jatuh ke bumi
sinaran dedaunan mekar kehijauan
seolah Melakar lukisan indah alam maya
oh...indahnya kurniaan ilahi..
kejauhan ini juga
ku melafaz Subhanallah
mengagumi anugerah yang diberikan
padaNya jualah
Ku tunduk syukur memuji namamu ilahi
Sekalung doa kupanjatkan pada ilahi
Seusai solat di kedinginan pagi
Kualunkan zikir munajat pengubat sanubari
Yang keluh kesah dek mehnah duniawi
Moga di hamparan kehidupan ini
Mencorak satu warna keindahan pelangi
Menerangi alam kehidupan ku
Diselangi pancaran nur cahaya ilahi
Buat pedoman hidupku menuju alam selepas mati
Nukilan rasa
Zul
Kota Bharu,Kelantan
Thursday, September 9, 2010
Persiapan Menyambut Eidufitri
Alhamdulillah… syukur kehadrat ilahi kerana kita telah dapat menyempurnakan sebulan berpuasa di bulan Ramadhan al Mubarak. Kini, tiba lah masa kita menyambut Hari Raya Eidulfitri, hari kemenangan buat seluruh umat Islam yang berjaya berjuang menahan lapar dahaga dan gejolak nafsu demi menurut perintah Allah s.w.t di bulan Ramadhan yang lalu. Namun, di sini digariskan beberapa adab bagi menyambut Eidulfitri ini. Di antaranya:
1. Berdoa di malam hari raya
Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Taala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya adalah di antara malam-malam yang diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitab Al-Umm: “Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rejab dan malam Nisfu Syaaban. Oleh itu banyakkanlah kita berdoa di malam Hari Raya Eidulfitri ini yang mana kebetulannya jatuh juga di malam Jumaat (Syawal 1431H).
2. Membanyakkan Takbir Sepanjang malam dan sebelum Solat Sunat Eidulfitri
Sejak malam hari Eidul fitri sehingga imam datang untuk memulakan solat pada hari raya, kita disunatkan memperbanyakkan bacaan takbir. Seharusnya umat Islam janganlah terlalu sibuk dengan aktiviti membuat persiapan Hari Raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini yang hanya datang pada Hari Raya sahaja. Takbir di Hari Raya meninggikan syiar Islam selain kalimah Takbir tersebut amat dibenci oleh Syaitan.
3. Bersolat Hari Raya secara Berjamaah
Di zaman Rasulullah s.a.w, solat sunat Hari Raya dilaksanakan secara berjamaah di padang ataupun di tempat yang lapang dan terbuka. Ini dapat memberi kemudahan kepada kaum wanita yang tidak dapat menunaikan solat Hari Raya kerana uzur untuk mendengar khutbah hari raya.
4. Pergi dan balik ke tempat solat melalui jalan yang berlainan
Disunatkan pergi dan balik daripada tempat solat melalui jalan yang berbeza. Tujuannya adalah supaya kita dapat bertemu dengan lebih ramai orang yang berlainan untuk kita sama-sama bersalam-salaman dan bermaaf-maafan
5. Menikmati makanan sebelum ke masjid
Disunatkan di Hari Raya Eidulfitri untuk menikmati sedikit makanan sebelum menunaikan Solat Hari Raya. Ia merupakan sunnah nabi Muhammad s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan dari Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata: Maksudnya: “Nabi s.a.w tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga baginda makan( terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)
6. Memakai pakaian yang elok
Rasulullah s.a.w sentiasa berpakaian kemas termasuklah ketika melaksanakan Solat Hari Raya. Oleh itu, kita haruslah mempersiapkan pakaian lebih awal agar tidak tergopoh gapah menjelang pagi Hari Raya. Diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya: Maksudnya: “ Bahawasanya Nabi S.A.W memakai kain yang bergaris-garis ( untuk diselimutkan pada badan ) pada setiap kali Hari Raya.” ( Hadis riwayat Al- Syafi’e dan Al- Baghawi)
7. Ziarah menziarahi
Disamping ziarah boleh merapatkan silatrurrahim sesama Islam, ia juga berperanan dapat mengangkat kesusahan yang dialami oleh orang lain.Amalan ziarah menziarahi ini sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.
Tuesday, September 7, 2010
Detik-detik berakhirnya ramadhan
Kini kita berada di ambang pemergiannya bulan ramadhan al Mubarak 1431. Sekarang ramadhan bakal sampai ke penghujung nya. Manfaatlah hari-hari terakhir ramadhan dengan amalan-amalan yang baik moga-moga kita tidak menyesal.Setiap diri harus bertanya; Adakah ini adalah ramadhan terakhir buat kita? kerana kita tidak tahu kerana semua itu adalah dalam ilmu Ar Rahman. Oleh itu sementara masih ada hari-hari yang berbaki ini, manfaatlah ia duhai temanku.
Para ulama silam menangisi bila tibanya hari-hari terakhir di bulan ramadhan. Mereka inginkan agar sepanjang tahun adalah bulan ramadhan dek kerana inginkan ganjaran yang Allah tawarkan di bulan maghfirah yang penuh keberkatan ini. Namun, berlainan dengan persepsi kebanyakan masyarakat dewasa ini, yang berasa amat gembira apabila ramadhan sampai ke penghujung nya, kerana bagi mereka sambutan hari raya aidilfitri amat menyeronokkan berbanding hari-hari yang masih berbaki di penghulu segala bulan ini.
Oleh itu, ayuh duhai temanku lipatgandakan amal ibadat mu, kerana 10 hari terakhir di bulan ramadhan ini Allah janjikan jaminan pembebasan daripada api neraka buat umat akhir zaman umat nabi Muhammad s.a.w. Satu jaminan yang berguna di hari akhirat kelak yang amat diingini oleh seluruh umat Islam yang mengaku beriman dengan Allah yang Esa dan yang mengikut ajaran sunnah peninggalan nabi Muhammad s.a.w
Sunday, September 5, 2010
Pagi yang mendamaikan
Ku termangu sendirian menunggu sang mentari pagi muncul di kedinginan pagi yang damai ini. Hanya ku mampu ungkapkan kata-kata pujian memuji muja sang pencipta alam maya ini. Ku iringi kalimah tahmid dan tasbih berulang ulang kali moga ku dapat menghayati nya selalu di ketika bermula nya pagi hari yang permai ini. Disetiap pagi kedengaran kicauan burung keluar dari tempat peraduan nya mencari sesuap rezeki buat meneruskan kehidupan. Kokokan ayam menyerikan lagi bunyian di pagi yang indah ini.
Namun, tanpa ku sedari masih ada insan yang masih belum bangkit untuk sama sama mengecapi keindahan mentari pagi ini kerana lena dibuai mimpi yang indah di dalam peraduannya di atas tilam yang empuk . amat lah jarang ku lihat insan lain sama2 menghayati suasana pagi yang hening ini memulakan pekerjaan untuk memulakan langkah kehidupan di saat bermula nya hari.
Dikala ini ku termangu kesepian menanti detik detik hari mendatang yang entah bila agaknya kesusahan ini bakal sirna terus. Ku pasrah kehadrat ilahi semoga dengan kepayahan ini lebih mematangkan diriku buat mengharungi hari hari yan mendatang. Ku bersyukur kehadrat ilahi dilimpahkan kasih sayang dan rahmatNya kepadaku. Ya Rabb….. ku dambakan cinta dariMu
Thursday, August 12, 2010
Bingkisan Ramadhan
Bulan ramadhan bulan barakah dan merupakan penghulu segala bulan yang dijadikan untuk umat manusia. Oleh itu hadapilah bulan ini dengan penuh rasa kehambaan kepada Allah s.w.t. banyakkanlah amal ibadat di malam hari disamping berzikir dan bermunajat kepada Allah Azza wajalla. Semoga diri kita dirahmati oleh Nya, tuhan sekalian alam yang memiliki arasy yang agung.
Banyakkanlah membaca Al-Quran di bulan ini kerana ganjaran bagi mereka yang membaca kitabullah ini adalah sangat besar dan berlipat kali ganda pahala nya daripada membaca nya di bulan selain ramadhan al mubarak. Oleh itu, ajaklah keluarga kita untuk sama-sama bertadarus di malam-malam bulan ramadhan moga-moga kita senantiasa mendapat rahmat daripada ilahi. Insya ALLAH... Galakan untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran di bulan ini kerana, di bulan inilah diturunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W, yang merupakan mukjizat yang paling agung buat seluruh umat baginda hingga ke hari kiamat.
Akhirul kalam, tuluskan hati mu beramal ibadat di bulan ini semata-mata mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah, dan yang paling penting keredhaan Nya lah yang kita dambakan di kehidupan ini dan kehidupan selepas mati... Salam Ramadhan Al-Mubarak
Tuesday, August 10, 2010
Khutbah Ramadhan
Wahai manusia!
Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan olehNya. Dibulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah.
Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambunglah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.
Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubat lah kepada Allah dari dosa-dosa mu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggilNya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepadaNya.
Waha manusia!
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istigfar. Punggung-punggungmu berat kerana beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.
Ketahuilah!
Allah taala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal –alamin.
Wahai Manusia!
Barangsiapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. Sahabat-sahabat lain bertanya: “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah meneruskan : “ Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.”
Wahai manusia!
Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melepasi titian siratul mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan –Nya di hari kiamat.
Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari dia berjumpa denganNya. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmatNya pada hari ia berjumpa dengan Nya.
Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmatNya pada hari ia berjumpa denganNya. Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.Barangsiapa melakukan solat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjaranya sama seperti mengkhatamkan Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepaa Tuhanmu agar tidak pernah menutupkanya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup. Maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah di bukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tidak lagi pernah menguasaimu.
Amirul mukminin berkata: “ Aku berdiri dan berkata: “ Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi: Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.
Tuesday, August 3, 2010
MENGGAPAI MARDHATILLAH
Keredhaan daripada ilahi itulah yang kita harapkan di dalam hidup ini. Tanpa nya, mampukah kita mengharungi jalan kehidupan ini dengan jayanya? Sematkan lah di dalam hati kita supaya segala pekerjaan yang kita lakukan baik yang bersifat duniawi atau ukhrawi haruslah tujuan nya untuk mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t
Bagi para pelajar, samada di peringkat sekolah rendah, menengah atau pun di menara gading, pasangkan lah niat di dalam hati bahawa tujuan menuntut ilmu kita baik di sekolah atau pun di peringkat universiti adalah untuk mendapat keredhaan daripada ilahi, bukan nya untuk mendapat jawatan yang tinggi atau pun bergaji besar atau juga berkereta besar. Jika setiap pelajar dapat menghayati konsep mardatillah ini dalam menuntut ilmu pengetahuan, nescaya mereka akan belajar bersungguh-sungguh tanpa paksaan daripada sesiapa pun. Mereka akan mendapat kekuatan dalaman untuk menuntut ilmu dengan jujur dan ikhlas.
Konsep mardatillah ini juga patut di hayati oleh pekerja, tidak kira lah dia sebagai pengurus syarikat atau pun pekerja bawahan. Jika seseorang pekerja bekerja untuk mendapat keredhaan Allah, nescaya gejala ponteng kerja, curi tulang dapat dikurangkan malah tidak mustahil akan terhapus terus. Gejala seperti rasuah juga akan secara automatik nya tidak akan menjadi darah daging dalam pengurusan sesebuah syarikat ataupun institusi.
Oleh itu, ayuh lah wahai temanku, gapailah redha ALLAH di dalam hidup ini, dimana kita semua hanya diberi peluang hidup sekali sahaja di dunia yang maha fana ini. Oleh itu manfaat lah kehidupan yang sementara ini dengan sebaik-baiknya moga-moga kita akan mengecapi kebahagiaan hidup di dunia ini dan di alam akhirat sana. Wallahua’lam.
Tuesday, July 27, 2010
Bulan Barakah
Tetamu agung bakal berkunjung lagi. Kunjungan nya hanya setahun sekali membawa seribu rahmat dan barakah buat umat akhir zaman. Bulan kemuliaan dan penghulu segala bulan yang di dalam nya terdapat satu malam yang nilai pahala nya melebihi seribu bulan iaitu malam al-qadar. Oleh itu mujahadah lah wahai insani supaya peluang keemasan ini tidak di sia siakan begitu sahaja. Gandakan amalan di bulan yang mulia ini dan beribadat lah dengan penuh keikhlasan, moga-moga segala yang ibadat yang kita lakukan di terima Allah s.w.t.
Inilah peluang terbaik bagi umat Muhammad melaksanakan amal ibadat yang di tuntut oleh Allah semampu yang boleh kerana ganjaran nya amatlah besar yang akan di kurniakan oleh Allah nanti di alam akhirat kelak. Ganjaran amal ibadat wajib berlipat kali ganda dan juga segala amalan sunat akan diberi pahala seperti pahala ibadat wajib di bulan lain. Jangan lah kita leka dengan dunia yang menyebabkan kita lalai dari pada merebut peluang ini, sementara umur kita masih belum sampai ke penghujung nya, dan di kala tubuh badan masih dalam keadaan sihat dan di kala kelapangan sebelum kesibukan datang menjelma.
Tekad kan di dalam hati sanubari, moga-moga ibadat kita di Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Semoga segala amalan yang kita usahakan mendapat redha dari ilahi. Itu lah yang kita dambakan dalam hidup ini- KEREDHAAN DARIPADA ILAHI...
Thursday, July 22, 2010
Peristiwa Penting Di Bulan Syaaban
Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah r.a dari Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya:“Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!” Kata saya ( Nabi Muhammad):
“Hai Jibril apakah erti malam ini? “Dia (Jibril) menjawab: “ Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba ( batu api) dan orang-orang yang memutus tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulangi lagi atas perbuatannya itu”
Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: “Ya Allah sesungguhnya aku berlidung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha.” Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa’idzin
Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah s.a.w dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah s.w.t kerana umat Islam telah meniru arah kiblat ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat r.a telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah s.w.t. Allah s.w.t Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah s.w.t telah mewahyukan agar Rasulullah s.a.w menghadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau megimamkan solat. Sebahagian ulama mengatakan pada solat Asar, ada yan mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah s.a.w sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
Peperangan Bani Mustaliq ( Muraisi’)
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah s.a.w dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah s.a.w oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah s.a.w keluar dari Madinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5 H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebahagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang putri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah yang bernama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal. Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah s.a.w untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah s.a.w pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah s.a.w mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah s.a.w ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, di antaranya ialah ramai di kalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
Saturday, July 17, 2010
Importance of English
We cannot deny that, English language is so important in today‘s life. The parent should encourage their children since the early year of age to teach them English so that they can easily learn when they go to school afterward. It needs the full support from the parent to make sure their children can master it greatly.
Nowadays, we can easily find many of the great books were written in English. So, how can we read this kind of great book that was be written by the famous writer if we cannot understand even the single word in that book. So, I hope, we can develop our language skill especially in English at the same time give the motivation to the children to learn and master English language. No matter how busy was we are, we should spend our time to read English written books, so that it can give benefit to us and also to our children.
Lastly, in this world, there are many languages that were used by the people. English language is one of the important language and now be the language of knowledge because many of reference books whatever field was written and translated into this language. Hopefully we can slowly learn English so we can be the one of the knowledgeable nation that put the knowledge as the basic thing to develop the country.
Friday, July 16, 2010
Ikhlaskan dirimu
Sesungguhnya sifat ikhlas adalah salah satu sifat yang sangat terpuji. Ia merupakan sifat mahmudah yang paling dituntut untuk diamalkan oleh para penganut Islam. Ia adalah sifat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t buat hambaNya yang dicintai. Cubalah kita mengikhlaskan diri kita dalam segala aspek pekerjaan yang kita lakukan seharian, samada dalam ibadat kita terhadap Pencipta kita (lebih-lebih lagi) atau dalam pekerjaan kita dalam hubungan di dalam bermasyarakat.
Sempena menyambut bulan ramadhan yang bakal menjelma ini, suburkan lah sifat ikhlas dalam diri kita semoga ianya tumbuh mekar dalam hati kita dan sentiasa segar sepanjang hayat. Sesungguhnya untuk menanam keikhlasan dalam jiwa kita memerlukan mujahadah yang bersungguh-sungguh dalam melawan gejolak nafsu yang selalu mengajak kearah sifat terkutuk atau mazmumah. Perjuangan melawan hawa nafsu merupakan suatu jihad yang amat dituntut bagi umat Islam untuk kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat.
Oleh itu, ikhlaskan dirimu duhai insani, semoga dikau mengecapi kesejahteraan hidup di dunia ini dan lebih-lebih lagi di negeri akhirat kelak. Teladanilah sifat keikhlasan para sahabat nabi di zaman kegemilangan Islam dahulu, dan perhatikanlah natijah daripada keikhlasan mereka itu. Semoga kecekalan mu dalam berusaha mendapatkannya mendapat keberkatan daripada ilahi. Sekian..
Thursday, July 15, 2010
Menghadapi kedatangan penghulu segala bulan
Today is 15th July 2010 or 3 syaaban 1431 Hijrah.
Hari silih berganti, minggu, bulan dan tahun, terasa cepat masa berlalu maka semakin hari semakin sedikit umur kita yang berbaki. Ku rasakan baru sahaja menyambut bulan ramadhan yang mulia, namun kini ku akan menyambut nya lagi kurang sebulan lagi. Kunjungan penghulu segala bulan amat dinantikan. Bulan yang penuh barakah dan rahmat oleh ilahi buat umat islam akhir zaman. Namun adakah kita sudah bersedia untuk menerima kunjungan tetamu yang agung ini- Ramadhan al-Mubarak…
Kunjungan nya hanyalah sekali dalam setahun, membawa seribu maghfirah dan rahmat dikurniakan oleh tuhan yang Maha Esa. Bulan yang pastinya akan disambut girang gemilang oleh para abid dan mereka yang mengharapkan ganjaran yang besar di negeri akhirat nanti. Bulan yang dibukakan segala pintu-pintu syurga dan ditutupkan segala pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan yang terkutuk daripada menggoda umat manusia. Di dalam bulan ini ada satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan iaitu lailatul Qadar. Namun dirahsiakan saatnya supaya hanya yang benar-benar yang ikhlas mencari nya akan mendapat ganjaran pada malam tersebut.
Berbalik kepada persediaan menyambut bulan ramadhan ini , adakah kita sudah betul-betul bersedia menghadapi kedatangan bulan ramadhan yang penuh barakah ini. Kita hendaklah bersedia dari segi spiritual dan fizikal supaya kita dapat menempuh sebulan bulan ini dengan jayanya. InsyaALLAH semoga diizinkan oleh Allah Azzawajalla. Seharusnya kita membuat jadual sepanjang bulan ini supaya segala yang dirancang dapat dipatuhi. Buatlah matlamat berapa kali kita mahu khatam Al-Quran di bulan ini, atau setidak pun, jika tidak khatam, semoga pembacaan kitab yang mulia ini kita hayati dan dapat habiskan lebih baik daripada ramadhan tahun lepas. Kesemua ini memerlukan iltizam yang kuat oleh individu itu sendiri disamping cekal dan tabah dan bersemangat kental. Selain itu perbaikilah juga kesungguhan kita dalam mendirikan solat tarawih bejamaah disepanjang bulan yang penuh berkat ini. Diharapkan kita dapat mendirikannya lebih baik daripada tahun lepas.
Sesungguhnya, untuk membuat perancangan dalam menghadapi bulan ramadhan Al Mubarak ini, kita haruslah bermuhasabah diri. Perhatikan dan cuba ingat kembali segala ibadat yang kita lakukan di ramadhan tahun lepas, dimana kurangnya. Semoga segala kekurangan tersebut dapat kita perbaiki di tahun ini. Semoga ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.InsyaALLAH.
Sabda Nabi s.a.w.
Syaaban adalah bulan ku dan Ramadhan adalah bulan umat ku.Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani)
Friday, July 9, 2010
Rehlah Ilahiyyah
ISRAK DAN MIKRAJ
Hari ini adalah 9 Julai bersamaan dengan 27 Rejab 1431 Hijrah, mengingati peristiwa agung iaitu israk dan mikraj. Perjalanan rasul junjungan dari Makkatul al mukarramah ke Baitul Maqdis seterusnya naik melepasi langit yang ketujuh menuju ke sidratul muntaha ditemani oleh malaikat jibrail a.s.dengan menaiki buraq.
Pada malam ini lah juga Rasulullah bertemu dengan Allah s.w.t menerima syariat solat 5 waktu sehari semalam yang merupakan kemuncak perjalanan ini yang juga dikenali juga dengan rehlah ilahiyyah.
Inilah secebis catatan ringkasku tentang israk dan mikraj. Semoga ada manfaatnya.INSYALLAH....
Thursday, July 8, 2010
Kembara di tanah gersang
Pengembara yang melalui tanah yang tandus dan gersang sungguh mencabar. Di sana sini jalan yang dilalui nya penuh onak dan duri serta berliku. Namun di sepanjang jalan juga teruji dengan penuh persimpangan, dimana harus sang pengembara memilih untuk sampai ke destinasi nya nun di hujung jalan. Berbekalkan keyakinan dan semangat yang kental, si pengembara akan memilih persimpangan yang betul supaya ia sampai ke tempat destinasi tujuan asalnya.
Pengembaraan ini dilalui oleh seluruh makhluq yang hidup di dunia ini. Setiap insan harus melalui nya dan dibekalkan kompas hidup sejak dilahirkan ke dunia ini setelah berlakunya perpindahan daripada alam rahim ibu yang melahirkannya ke dunia ini. Bekalan sudah dilengkapkan. Duhai insan kuatkan semangat mu, semoga kamu dapat melepasi mehnah kehidupan duniawi dengan jayannya sebelum kamu kembali ke tempat asalmu menghadap pencipta mu yang maha agung
Insan kerdil ini menadah tangan dengan penuh kerendahan hati semoga segala ujian hidup dapat dilepasi dengan penuh kejayaan. Ku insafi segala keterlanjuran ku di masa silam. Semoga ia menjadi pengajaran buat diriku dalam menghadapi kehidupan yang mendatang yang lebih mencabar. Daku mengharapkan limpah kasih rahmat Mu Ya Allah. Semoga dipermudahkan hidup ku ini dalam mengharungi setiap liku- liku duniawi. Amin Ya Rabbal Alamin.
Wednesday, June 30, 2010
Kesabaran menguji keimanan
Ingatlah duhai temanku sesungguhnya ujian dalam kehidupan adalah tarbiah daripada ilahi. Sabarlah dalam menempuhi ujian ini, kerana hikmahnya yang pernuh tersirat akan dikau ketahui nanti. Sabar adalah satu kekuatan dalam menempuhi ujian hidup. Di setiap kesenangan terselit kesusahan dan di setiap kesusahan ada kesenangan. Itulah lumrah kehidupan duniawi, mematangkan setiap makhluq bergelar manusia di uji oleh sang pencipta Yang Maha Agung dimana kekuasaan Nya meliputi segala-galanya.
Ujian hidup adalah rencam kehidupan insan di dunia yang maha fana ini. Bertasbih lah memuji namaNya di kala dirundum kesusahan hidup tetapi ingatlah di kala kesenangan dikau kecapi, seharusnya lebihkan memuji memuja nama Nya.kesusahan hidup di alam ini adalah amat kecil jika di bandingkan kesusahan yang bakal dikau kecapi di alam selepas mati.
Oleh itu bermuhasabah diri di kala ini amatlah berguna sebelum maut datang menjelma yang entah bila akan kunjung tiba. Semoga diri kita tergolong di dalam golongan orang-orang soleh yang bakal menghuni syurga Allah nanti di akhirat sana. INSYAALLAH.
Tuesday, June 29, 2010
Mehnah Kehidupan duniawi
Keindahan alam ciptaan ilahi memukau pandangan mata sang musafir yang berkelana berjalan menuju ke satu destinasi. Keriuhan kicauan burung memenuhi seluruh pelusuk alam maya. Di setiap laluan si musafir terdapat banyak halangan dan cabaran yang perlu di tempuhi sebagai syarat berkelana. Arah destinasi sudah di hampiri, namun ujian makin lama makin berbisa. Namun, kuat kan lah semangat semoga destinasi yang dituju dapat dipijak meninggalkan ranjau dan ujian nun jauh dibelakang sana.
Inilah dia perumpamaan kehidupan insani di dunia yang maha fana sebagai tempat persinggahan sementara bagi mencari bekalan menuju ke destinasi yang abadi di alam akhirat sana. Dunia yang penuh dengan tipu daya yang memperdayakan dan memerangkap sesiapa yang tergoda dengan kilauan nikmat yang sementara yang akan hilang bila- bila masa bak fatamorgana di kehangatan mentari di siang hari.
Inilah fitrah kehidupan manusia di alam ini. Di rencana oleh sang pencipta yang maha agung. Ku bersujud akur dengan kebesaran Nya. Ku bersujud syukur dengan segala nikmat yang dikurniakan olehNya kepada ku. Terima kasih Ya tuhanku..
Tuesday, June 22, 2010
Secebis bingkisan kerinduan
Ku dambakan rindu ku ini buat insan yang mulia kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W…
Jasamu tak terbalas, dirimu yang agung… tidak terungkap kerinduan ini buat dirimu ya rasulullah.
Duhai sebaik-baik insan dan penghulu segala nabi dan rasul di utuskan buat umat akhir zaman..
Kuharap ku dapat meneladani akhlaq mu yang mulia. Datangmu membawa cahaya kegemilangan islam… buat menerangi seluruh alam maya… terima kasih duhai kekasih Allah….
Apa yang daku dambakan semoga diriku dapat bertemu dengan mu di negeri akhirat sana…. Moga daku mendapat syafaat mu kelak…..
Selawat dan salam ku ucapkan buat dirimu ya rasulullah…..

Subscribe to:
Posts (Atom)